Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan
merosakkan atur cara,
menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras,
manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi
hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui
pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak
berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia
menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang
sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu
dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga
mengandungi pepijat yang
boleh mengakibatkan kerosakan sistem dankehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda
Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh
merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai
sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak
berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak
memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian
kawasan setempat dan
dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan
oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu,
mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula,
sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai
mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.
Istilah
"virus" komputer berasal daripada perkataan virus biologi dan
digunakan dalam erti kata yang sama. Istilah "virus" seringnya
digunakan dalam bahasa biasa untuk menghuraikan semua jenis perisian jahat (malware), termasuk virus-virus
yang wajar dikelaskan sebagai cecacing atau kuda
Troy. Kebanyakan pakej perisian anti-virus yang popular melindungi komputer
daripada semua jenis serangan ini. Dalam sesetengah komuniti teknik, istilah
"virus" juga diperluas untuk merangkumi para pencipta perisian jahat
dari segi erti kata yang menghina.
Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam
terbitan akademik oleh Fred
Cohen pada tahun 1984 dalam
kertas kerjanya, Uji kajian
dengan Virus Komputer, yang menghargai Len
Adlemankerana mencipta istilah itu. Bagaimanapun, sebuah novel
fiksyen sains yang ditulis oleh David Gerrold pada tahun 1972 yang
berjudul "When H.A.R.L.I.E.
Was One", mengandungi
sebuah huraian atur cara komputer fiksyen yang dipanggil "VIRUS" yang
bertindak tepat sama dengan virus biologi (dan diatasi oleh sebuah atur cara
yang dipanggil "VAKSIN"). Istilah "virus komputer" dengan
pengertian terkini juga muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris
Claremont dan diterbitkan pada tahun 1982. Oleh yang demikian, walaupun
penggunaan istilah "virus" oleh Cohen mungkin merupakan penggunaan
"ilmiah" yang pertama, istilah itu telah digunakan lebih dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar